Saturday, August 21, 2010

CICAK TOKEK


Seumur hidup aku.. aku tak pernah lagi jumpa Tokek ni.. ternampak ke.. terpandang secara live.. memang jauh sekali la..
Sekarang heboh pasal tokek ni kan.. sapa jumpa leh buat duit wooo......  aku baca kat paper harga mencecah ribuan ringgit juga untuk 1 ekor tokek ni...  betul ke?
Ada yang kata tokek ni bagus sebab dapat merawat HIV dan yang paling penting sebab tokek ni boleh buat org power.. Power tang mana tu aku tak pasti la.. Mungkin ala2 Badang kot... tak pun mungkin boleh jadi POWER RANGERS...
Lepas ni.. mana la tau.. kalau aku terjumpa.. atau terpijak ke Tokek ni.. boleh la aku buat bisnes... Bukan bisnes MLM aaa.... tapi Bisnes menternak Tokek.. hahahahaha
Mungkin satu hari nanti aku boleh jadi seorang penternak TOKEK yang berjaya... hehehe..
Kang kalau semua orang cari cicak Tokek.. pupus pula binatang ni... Dah la spesis ni susah nak dapat.. hurmmm.... ni nak kena tanya jabatan perhilitan la samada spesis ni di lindungi atau tak?
Kalau cicak yang kat dinding rumah tu.. korang rasa boleh jual tak? hahahahaha..

ASAM PEDAS

Gambar dari pak Google

Nak tau.. Asam pedas adalah makanan kegemaran aku..  aku tak de la cerewet bab makan-makan ni.. tapi kalau setiap hari di hidang dengan menu asam pedas.. rasanya aku masih boleh tahan kot.. hehehe
Aku paling suka Asam pedas Arwah mak aku masak.. sedap.. meletup... walaupun aku tengok Arwah mak aku tu main campak2 je.. tapi rasanya... Hurmmm.....  tak terkata sedapnya..  ye la.. mak aku.. mesti la aku puji melambung kan...
Sekarang ni bila mak aku dah tak de.. tak dapat la aku merasa Asam pedas mak aku lagi.. huhuhu.. sedihnya... dapat rasa asam pedas kedai ngan Asam pedas org rumah aku je..
Tapi masalah bin problemnya di sini.. Orang rumah aku tu sebenarnya pandai masak... Tapi dia malas nak masak asam pedas kegemaran aku .... hahahaha.... 'kalau org rumah aku baca nih... confirm aku tidur kat luar malam ni...' hehehe

Friday, August 20, 2010

ARIEL PETERPORN CULAS PUASA


Sambil selak2 harian metro tadi... macam menarik je tajuk besar kat belakang tu.. 'Ariel culas puasa'.. Aku sebenarnya memang tak layan cerita2 Artis Seberang ni..  tapi hari ni terlayan la pulak..
Aku baca mamat ni siap merokok..  pulak tu makan lagi dalam lokap.. apa ke halnya yop... tak de perasaan malu ke ape dia ni.. kes video terlampau tak habis lagi.. di tambah pulak dengan perangai yang memang tak semenggah..bawak2 la insaf yop..
Aku dengar2 dari tempat kerja aku ni.. ntah la diaorang dapat cerita dari mana.. kononnya Ariel ni di lamar oleh penerbit dari Malaysia.. Bukan di lamar nak kawen.. tapi di lamar nak di ambil bekerja kat Malaysia.. Kononnya lagi di tawarkan jadi pelakon dan penyanyi kat sini... Kena tukar kerakyatan la nampaknya...
Kat malaysia ni pun dah penuh dengan kelambakkan warga asing.. ni nak tambah lagi... hurmmmm...... tak tau nak kata apa... tengokkan je la.

MANUSIA ZAMAN SEKARANG SEMAKIN KEJAM

 gambar dari en. goggle

Minggu yg penuh dgn kontroversi, lagi2 pasal buang bayi , hari ni ajer dalam metro ada tajuk mayat bayi di pondok bas... makin di sebarkan makin menjadi2 pula.. pelik aku..
Ni aku nak kongsi kisah semalam , masa aku tengah kerja sambil2 duduk termenung (pikir nak berbuka apa aku petang ni) hehehe.. aku disergah oleh sorang akak cleaner. Dah lama jugak kawin tapi tak dikurniakan zuriat, umurnya dalam sekitar 40a macam tu la..
Dalam akak tu menyapu-nyapu sampah.. sambil tu siap meluahkan perasaan sedih kat aku, Aku ni boleh di katakan seorang pendengar yang baik.. hehehe
Akak tu luahkan pada aku katanya"kenapalah.... orang yg nak anak , tak dapat-dapat... tapi budak2 sekarang ni senang.senang je buang bayi" Aku tengok muka akak tu rasa nak menitis air mata aku.. Tapi aku control macho la.. tak pasal2 budak2 kat tempat kerja ni gelakkan aku... apa kes nangis dengar cerita akak cleaner.. hehehehe...
Tapi kesian beb.. korang bayangkan la.. dah bepuluh tahun kahwin tapi masih tak de anak.. lepas tu setiap hari di saji pulak dengan cerita pasal pembuangan bayi.. mana tak luluh hati akak tu... Tapi tak pula aku tanya kenapa tak ambil anak angkat..
sambil2 menaip ni.. kepala otak aku ligat juga nak cari aktiviti apa aku nak buat hari ni.