gambar dari en. goggle
Minggu yg penuh dgn kontroversi, lagi2 pasal buang bayi , hari ni ajer dalam metro ada tajuk mayat bayi di pondok bas... makin di sebarkan makin menjadi2 pula.. pelik aku..
Ni aku nak kongsi kisah semalam , masa aku tengah kerja sambil2 duduk termenung (pikir nak berbuka apa aku petang ni) hehehe.. aku disergah oleh sorang akak cleaner. Dah lama jugak kawin tapi tak dikurniakan zuriat, umurnya dalam sekitar 40a macam tu la..
Dalam akak tu menyapu-nyapu sampah.. sambil tu siap meluahkan perasaan sedih kat aku, Aku ni boleh di katakan seorang pendengar yang baik.. hehehe
Akak tu luahkan pada aku katanya"kenapalah.... orang yg nak anak , tak dapat-dapat... tapi budak2 sekarang ni senang.senang je buang bayi" Aku tengok muka akak tu rasa nak menitis air mata aku.. Tapi aku control macho la.. tak pasal2 budak2 kat tempat kerja ni gelakkan aku... apa kes nangis dengar cerita akak cleaner.. hehehehe...
Tapi kesian beb.. korang bayangkan la.. dah bepuluh tahun kahwin tapi masih tak de anak.. lepas tu setiap hari di saji pulak dengan cerita pasal pembuangan bayi.. mana tak luluh hati akak tu... Tapi tak pula aku tanya kenapa tak ambil anak angkat..
sambil2 menaip ni.. kepala otak aku ligat juga nak cari aktiviti apa aku nak buat hari ni.
No comments:
Post a Comment